Thursday, March 14, 2013

Manfaat Pengambilan Protein.

Kenapa semasa menjalani program pengurusan berat badan, pengambilan protein yang cukup adalah sangat penting?



Ini kerana:

  1. Protein adalah makanan untuk mebina badan.
  2. Protein adalah komponen terpenting bagi setiap sel di dalam tubuh badan.
  3. Badan kita memerlukan protein untuk membina dan memperbaiki sel-sel dan otot.
  4. Protein umpama batu-bata di dalam sebuah bangunan. Ia sangat diperlukan untuk membina tulang, otot, kulit dan darah.
  5. Rambut dan kuku juga adalah daripada sumber protein.
Apakah makanan yang bersumberkan protein?

  1. Ayam
  2. Telur
  3. Daging
  4. Ikan
  5. Tenusu
  6. Kekacang
Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan-hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.

Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.

Pengambilan supplement whey protein semasa menjalani program pengurusan berat badan juga dapat meningkatkan 25% kadar metabolisma, membantu membina otot, meningkatkan paras glutathione dan lain-lain lagi.

Jadi, sumber protein apakah yang paling anda suka?


Sayangi tubuh badan anda, ia adalah satu-satunya tempat tinggal anda!
P/S: SMS/WHATSAPP 019 221 2213 jika anda berminat membina perniagaan sendiri dari rumah seperti saya.